PETALING JAYA - Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan apabila pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau Luc4h yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.
Seorang ibu yang menghubungi mStar Online pada Selasa melahirkan rasa kecewa apabila kata-kata Luc4h itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak.
“Saya terkilan kerana Astro gagal menapis SMS Luc4h sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini,” kata suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah.
Suri rumah dari Johor Baharu itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ (610) kerana gagal menapis kata-kata Luc4h pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam.
Mesej Luc4h berkenaan berkaitan alat SUL1T.
Dalam pada itu pihak Astro yang dihubungi mStar Online pada Selasa turut menyedari perkara itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi secepat mungkin.
Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.