gambar hiasan sahaja. |
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit dengan kemalangan pada pukul 1.30 petang Isnin.
Ketika kejadian penyerang pasukan Sabah itu bersama seorang lagi rakannya yang identiti belum didedahkan sehingga kini dikatakan dalam perjalanan ke untuk menjalani latihan pada sebelah petang.
Ketika kejadian penyerang pasukan Sabah itu bersama seorang lagi rakannya yang identiti belum didedahkan sehingga kini dikatakan dalam perjalanan ke untuk menjalani latihan pada sebelah petang.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi nahas, kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan terbalik dan berpusing beberapa kali berhampiran di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao di Likas.
Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Affendy K Ramin berkata dalam satu kenyataan, kedua-dua lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.
Rozaimi antara salah seorang penyerang muda prolifik negara yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Harapan Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.
Malah pemain yang baharu menyambut kelahiran ke-23 tahun pada 11 Jun lalu merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Kelayakan Piala AFC B-22 di Myanmar dengan 10 gol pada tahun 2012.
SUMBER : MSTAR.COM.MY